Institut Kajian Dasar

Institut Kajian Dasar atau IKD ditubuhkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1985 sebagai pertubuhan nir-laba bukan kerajaan yang berdedikasi untuk melahirkan kebangkitan kebudayaan, pembentukan masyarakat madani dan mempromosi interaksi antara negara-negara Asia Tenggara dan di luarnya.

 

Juga menawarkan forum untuk para sarjana, pembuat dasar, dan lain-lain untuk berinteraksi, menganjurkan persidangan, seminar, latihan dan perundingan dalam isu-isu semasa yang penting.

Objektif IKD

 

Menjalankan, atau bekerjasama dalam menjalankan kajian berkaitan pembangunan eknomi dan sosial di Malaysia dengan memberi tumpuan khusus kepada pembangunan manusia sebagai pra-syarat bagi bentuk-bentuk pembangunan yang lain.

Menjalankan kajian tentang hubungan kepercayaan-kepercayaan agama dan prinsip-prinsip kerohanian, moral dan etika dalam merumuskan dasar dan matlamat strategik.

Menyediakan ruang untuk para sarjana, pembuat dasar, dan pihak-pihak yang berminat untuk membincang dan merumuskan idea kearah pembangunan yang positif dan menjalankan kegiatan penerbitan yang dapat menerbitkan idea-idea kreatif, kritikal dan pemandu bagi isu- isu sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan.

Menganjurklan dan mengendalikan persidangan, seminar, perbincangan berkumpulan, dan syarahan umum, untuk kelompok professional, pentadbir, aktivis sosial, belia dan pemimpin pelajar, di samping masyarakat umum, bagi meningkatkan tahap kesedaran, kebertanggungjawaban, dan akauntabiliti ke arah pembangunan negara secara holistik.

Fokus & Tema

 

Pendemokrasian

Pasaran Bebas

Perubahan Iklim

Keselamatan Serantau

Program

 

Sekolah Politik 2010 - sekarang
Bengkel latihan politik bagi anak muda dengan kerjasama Konrad Adenauer Foundation (KAF).

Asian Renaissance 2.0: Empowering Asian Democracy 2014
Bengkel latihan bagi anak muda yang berminat untuk berkecimpung dalam dunia politik dengan kerjasama Sasakawa Peace Foundation (SPF).

Asian Renaissance: Capacity Building for Future Leaders in Southeast Asia 2007 - 2010
Bengkel latihan bagi kalangan pemimpin pelajar dari negara-negara Asia Tenggara dengan kerjasama Sasakawa Peace Foundation (SPF).

Asian Renaissance Conference 1995 - 1998
Sebuah program yang diisi dengan kegiatan seminar, persembahan teater, dan pameran seni yang melibatkan kalangan sarjana dan tokoh dari seluruh dunia untuk merai dan memperingati tokoh-tokoh agung Asia seperti Jose Rizal, Muhammad Iqbal, dan Jamaluddin Afghani.

Pacific Dialogue 1994, 1996
Sebuah program yang disertai oleh kalangan Senator dari Amerika Syarikat dan beberapa pemimpin Asia dan Pasifik, yang menghasilkan apa yang dikenali sebagai Piagam Pasifik

Interaction For Progress Seminars 1991
Beberapa siri seminar peringkat antarabangsa yang dianjurkan di Hanoi, Kuala Lumpur, dan Bangkok.

Penerbitan

 
Gelombang Kebangkitan Asia
Jalan Perhambaan
Api Dan Cahaya
Tumit Akilis